Terkini...
Kempen Derma Darah ANSARA 2008 kembali lagi. Maklumat lanjut di www.ansara.org.my. Akan diadakan pada 29 - 31 Ogos 2008 di seluruh negara. (07/07/08)
 
Ribuan terima kasih kepada semua peserta dan MRSM Beseri bersempena dengan SPKG2008. Kita jumpa lagi pada SPKG2009 (07/07/08)
 
Home
Latest News

    Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/kayangan/public_html/joomla/modules/mod_latestnews.php on line 135
Popular

    Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/kayangan/public_html/joomla/modules/mod_mostread.php on line 118
Program Amal Ramadhan ANSERI-MARES 2008
Written by Anseri Web Admin   
Friday, 05 September 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, ANSARA Beseri (ANSERI) dengan kerjasama Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES), akan menganjurkan satu sesi amal Ramadhan bersama anak-anak yatim di Institut Taufiq Islami (ITI) pada tahun ini.

Insya Allah kita berhasrat untuk meneruskan usaha murni ini sekali lagi bagi membantu semampu mungkin mengurangkan beban yang ditanggung oleh pihak pengurusan I.T.I. Dengan semangat persaudaraan warga ANSERI dan warga MARES dan kesempurnaan hidup yang jauh berbeza dengan kanak-kanak ini, kami merasakan ANSERI mampu untuk memberi sumbangan dari segi material dan spiritual. Dengan itu saya mewakili exco ANSERI dan MARES menyeru seluruh warga ANSERI dan MARES untuk tampil sama-sama membantu menjayakan program ini.

Antara objektif program ini ialah:
• Program seperti ini dapat merapatkan warga Anseri kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan menyatukan usaha, tenaga, idea dan dana dalam menjalankan kerja amal, disamping dapat mengeratkan silratulrahim antara warga ANSERI dan MARES.
• Membantu dalam membangunkan prasarana di pusat ini.
• Memberi motivasi kepada penghuni di sini dalam membina keyakinan diri yang lebih tinggi.
• Menjadi pemangkin kepada penghuni untuk mencapai kejayaan dalam hidup di dunia mahupun di akhirat.

 Program akan diadakan pada tarikh berikut:-

Tarikh : Ahad 14 September  2008 
Masa : 6.00 pm – 10.00 pm
Tempat : Institut Taufiq Islami, Kg Jalan Kebun, Klang

Aktiviti yang dirancang :
•  Ceramah motivasi dan beramah mesra
•  Majlis berbuka puasa
• Solat Maghrib
• Ceramah agama
• Solat Isya
• Solat Tarawikh
• Jamuan ringan

Peserta : Warga ANSERI , MARES & keluarga

Sumbangan : RM 50 seunit (tiada had dalam bilangan unit penajaan). Sumbangan ini merangkumi pembiayaan sebahagian daripada pembangunan prasarana di pusat ini dan untuk Majlis Berbuka Puasa. 

CARA-CARA MENGHANTAR SUMBANGAN (BAGI WARGA ANSERI)

A - Sila deposit ke dalam akaun Maybank ANSERI
Nama : ANSERI.
No Akaun: 56449 0303 504
dan fax slip deposit serta borang pendaftaran ke
03 – 5122 8766, ATTN: Encik Nazarudin Razali

CARA-CARA MENGHANTAR SUMBANGAN (BAGI WARGA MARES)

A - Sila deposit ke dalam akaun BANK ISLAM MARES
            Nama : PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA
            No Akaun: 14-041-01-005646-4
            dan fax slip deposit serta borang pendaftaran ke
            03 - 7781 1859, ATTN: 9W2DJ / 9W2ZLH

(Perhatian : pembayaran hanya boleh dilakukan di ATM machine atau kaunter Maybank / Bank Islam. Dukacita dimaklumkan urusan ini TIDAK boleh dilakukan melalui Maybank2U)

Borang pendaftaran boleh didapati disini
Pendaftaran - versi Excel
Pendaftaran - versi Adobe PDF

Sila isi maklumat anda, dan nyatakan jumlah sumbangan. Anda boleh mengemel borang pendaftaran yang telah lengkap diisi kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .

Semoga sumbangan anda akan mendapat keberkatan dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekian.

Terima kasih dan 73,

ANSERI - www.anseri.org
MARES - www.mares.org.my
Last Updated ( Friday, 05 September 2008 )
 
Terima Kasih - Program Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA
Written by Anseri Web Admin   
Friday, 05 September 2008
Rakan-rakan ANSERI,

Alhamdullillah, program Jom Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA telah berlangsung dengan jayanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 4138 pain darah telah berjaya dikumpulkan di seluruh negara.

Bagi kumpulan ANSERI, yang berada di Jaya Jusco Taman Maluri, Kuala Lumpur dan di Jaya Jusco Taman Equine, Serdang, telah berjaya mendapatkan sebanyak 461 penderma darah. Jumlah pecahan adalah seperti berikut:

Jusco Taman Maluri KL (251)
Hari Pertama ( 29th) = 69 pain
Hari Kedua (30th) = 71 pain
Hari Ketiga (31th) = 111 pain


Jusco Taman Equine Serdang - 210
Hari Pertama ( 29th) = 44 pain
Hari Kedua (30th) = 80 pain
Hari Ketiga (31st) = 86 pain

Tahniah kepada Sdri. Faiza (Angkatan 16) dan Sdr. Ida Haryani (Angkatan 13), yang telah menjadi kordinator ANSERI kedua-dua lokasi diatas.

Maklumat lanjut tentang kejayaan program ini boleh dilihat di laman web ANSARA.

Bagi pihak ANSERI, dan ANSARA, kami merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan, penyumbang dan orang ramai yang telah sudi membantu menjayakan progam ini. Semoga kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian,

ANSERI
 
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.