|
Written by Fahroe Ibrahim
|
|
Monday, 28 November 2011 |
 Ansara Dinner 2011 Assalamualaikum
dan
Salam Sejahtera ,
Pihak Sekretariat ANSARA dengan ini ingin menjemput semua
bekas pelajar MRSM ke Majlis
Makan Malam ANSARA yang akan diadakan pada 4hb Disember 2011 jam 8.00 malam.
Antara acara istimewa, persembahan ulung Ramli Sarip di malam ANSARA.
Juga pelancaran album ‘Songs
From Dorms’ hasil
kerjasama ansara Ex-KT, Kuatagh (Ex-Kuantan) dan Ansaraku (ExKulim)
dengan alumni SBP lain untuk tujuan kutipan kebajikan Asrama Rayyaj
(hostel untuk anak2 yatim di Tawau, Sabah).
Serta jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan yang
pasti hebat dari band gabungan ansara Kuatagh dan Kulim
(Loud&Clear) dan band-band jemputan dari bekas pelajar Sekolah
Alam Shah (The Jaw) dan Star (Tiger Lane Boys) yang sama-sama terlibat
dgn projek kebajikan Asrama Rayyaj.
Acara lain - nantikan siapakah Tokoh Ansara untuk tahun 2011.
Pembayaran
untuk malam ansara adalah seperti berikut:-
-
RM130 – bagi ahli berdaftar seumur hidup
- RM150
– bagi bukan ahli seumur hidup. (walaubagaimanapun, bukan
ahli boleh membayar RM180 untuk mendapatkan harga sebagai ahli berserta
keahlian seumur hidup)
-
RM50 – bagi pelajar sepenuh masa bawah 25 tahun
Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web berikut:-
http://www.ansara.org.my/content/upcoming-event
dan
anda akan dihubungi untuk pembayaran.
atau
Sila hubungi sekretariat ansara untuk pendaftaran atau
pertanyaan di talian 03-27139348.
Harapan kita adalah untuk mendapatkan seramai yang boleh
bekas pelajar MRSM berkumpul pada malam ansara bagi
mengeratkan silaturrahim sambil mengisi dana tabung harapan ihsan
pelajar ANSARA dan menjadikan ansara sebuah alumni
yang bermanafaat. Malam ANSARA adalah untuk seluruh warga
ANSARA.
Bagi pihak ANSARA,
Dato' Nasri
Nasrun
|
|
Last Updated ( Monday, 28 November 2011 )
|
|
|
Written by Fahroe Ibrahim
|
|
Saturday, 15 October 2011 |
Assalamualaikum
dan Salam sejahtera Warga ANSERI,
Bersempena dengan
majlis PM Unplugged
versi budak MARA, yang telah dilangsungkan pada 15 Oktober
2011 di PWTC, ANSARA telah melancarkan laman web berwajah baru dengan
rasminya.
Laman web ini memaparkan lebih banyak
maklumat, disamping memudahkan warga bekas pelajar MRSM Malaysia
mendekati ANSARA dengan lebih mendalam.
ANSARA
juga telah memperkenalkan keahlian ANSARA yang baru, dimana kini hanya
terdapat 1 jenis keahlian
sahaja bagi ANSARA, iaitu keahlian
seumur hidup, dengan yuran penyertaan RM50
sahaja. ANSARA juga memperkenalkan kad keahlian ANSARA
yang baru untuk kegunaan warga ANSARA.
Laman web
baru ANSARA boleh dilawati di www.ansara.org.my.
Maklumat keahlian baru juga boleh dilihat di laman web yang sama.
Bagi
ahli ANSERI yang mempunyai keahlian seumur hidup sebelum ini, keahlian
anda adalah aktif dan kad keahlian yang baru akan dihantar dalam masa
terdekat oleh sekretariat ANSARA.
Bagi ahli ANSERI
yang telah tamat tempoh keahlian, atau masih mempunyai lebih dari 1
tahun keahlian, anda akan diminta untuk memperbaharui keahlian anda
kepada seumur hidup seperti diatas. Kad keahlian ANSARA akan dihantar
oleh sekretariat ANSARA setelah semua pembayaran dibuat. Maklumat
lanjut tentang cara pembayaran akan dimaklumkan dilaman web ANSARA.
Terima
kasih kepada semua warga ANSERI yang telah bersama sama hadir ke majlis
PM Unplugged versi budak MARA.
Sekian.
|
|
|