|
Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri |
|
|
|
|
Written by Anseri Web Admin
|
|
Friday, 24 April 2009 |
|
Pengenalan
MRSM Beseri telah dibuka secara rasmi pada 1 April 1985. Setelah hampir
suku
abad beroperasi, lebih 6000 graduan yang bakal mewarisi negara telah
dilahirkan
di sini.
Sebagai
tanda penghargaan kepada institusi yang telah banyak berjasa, maka
Persatuan Bekas Pelajar MRSM cawangan Beseri (ANSERI) sedang berusaha
untuk
menghadiah sebuah Pavilion atau Astaka. Tanpa MRSM Beseri sebagai
langkah
permulaan, mungkin ramai bekas pelajar tidak akan berada di tahap
mereka
sekarang ini.
Pavilion ini akan dibina di atas padang MRSM Beseri untuk kegunaan
sebagai
pentas bagi acara seperti sukan, perhimpunan dan persembahan. Sumbangan
ini
selari dengan motto ANSERI iaitu “Giving Back
to Society”.
Bagi menjadikan hadiah ini lebih bermakna, pembinaan pavillion ini
berkonsepkan:
1) Sebahagian besar kos pembinaan ditanggung hasil sumbangan dari bekas
pelajar
MRSM Beseri sendiri. Sumbangan yang dihulurkan bukan saja dari segi
wang
ringgit, malah idea, masa, tenaga, khidmat perunding dan sebagainya.
2) Kepakaran perunding professional seperti akitek, juruukur bahan dan
perunding kejuruteraan juga merupakan sumbangan ikhlas dari kalangan
bekas
pelajar.
3) Perasmian Pavilion ini dirancang semasa majlis sambutan ulangtahun
MRSM
Beseri yang ke 25.
Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM
150,000.
Cara memberi sumbangan
Sumbangan dipecahkan mengikut lot.
Setiap lot sumbangan bernilai RM 50.00 tanpa had maksima lot untuk
disumbangkan.
Cara memberi sumbangan:
1. Deposit tunai/cek/internet banking mengikut bilangan lot yang ingin
disumbangkan ke akaunberikut:
a. Bank : Maybank
b. Nama : ANSERI (
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia Cawangan Perlis )
c. No akaun : 5644 9030
3504
2. Email deposit slip ke derma@anseri.org
atau fax deposit slip 03
– 5122 8766, ATTN: Encik Nazarudin Razali
Perancangan projek
1. Mesyuarat permulaan projek 11 Apr 2009
2. Final design 30 Apr 2009
3. Kelulusan pihak berkuasa 31 Jul 2009
4. Pembinaan bermula 1 Okt 2009
5. Pembinaan Pavilion siap 31 Mac 2010
6. Majlis Perasmian 3 Apr 2010
Mohd
Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : mohdridzuan@yahoo.com
|
|
Last Updated ( Monday, 22 June 2009 )
|